hakikat Nafi itu Isbat dan hakikat Isbat itu
Tauhid, manakala hakikat Tauhid itu Ma'rifat. Oleh kerana itulah sabda Nabi
s.a.w. " La yufarriqu bainan nafi wal ithbat, man faraqa bainahuma fahuwa
kafirun" Tiada becerai diantara Nafi dan Isbat, barang siapa memisahkan
maka kafirlah dia. Oleh kerana hal keadaan Nafi mengandung Isbat dan Isbat
mengandung Nafi, yang demikian bererti bilamana kamu Nafikan sesuatu yang
mustahil bagi Allah, maka tak dapat tidak yang kamu Isbatkan itu sesuatu yang
mustahil bagi Allah. AWAS. Bilamana kamu nafikan sesuatu yang haq bagi Allah
maka tak dapat tidak yang kamu Isbat pun haq bagi Allah jua tiada lain. Maka
faham daripada kata kata ini bahawa tidak syak lagi bilamana kamu Nafikan Zat
kamu maka yang diisbatkan Zat Allah, Nafikan sifat kamu, diisbatkan Sifat
Allah, Nafikan A'fal kamu diisbatkan A'fal Allah, Nafikan asma' kamu,
diisbatkan Asma' Allah. Demikianlah adanya Hakikat Nafi/Isbat yang dikehendakki
dibawa didalam sembahyang.
No comments:
Post a Comment