Sunday, 20 January 2013

Kelebihan Wanita...(Istimewanya kaum hawa)



Adapun dibawah ini adalah 54 sebab kenapa Wanita itu Indah dimata Islam.
1. Doa wanita lebih maqbul daripada
lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulallah s.a.w.
akan hal tersebut, jawab baginda :
“Ibu lebih penyayang daripada bapa
dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu
lebih baik daripada 1,000 orang lelaki
yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah
lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah
lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
5. Barang siapa yang
menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah s.w.t. dan orang yang
takutkan Allah s.w.t. akan
diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa
hadiah (barang makanan dari pasar
ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedakah.Hendaklah mendahulukan
anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-
olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang
haidh itu, kecuali haidhnya
merupakan kifarat (tebusan) untuk
dosa-dosanya yang telah lalu, dan
apabila pada hari pertama haidhnya
membaca “Alhamdulillahi ‘alaa Kulli
Halin Wa Astaghfirullah Segala puji
bagi Allah dalam segala keadaan dan
aku mohon ampun kepada Allah dari
segala dosa.” ; maka Allah
menetapkan dia bebas dari neraka
dan dengan mudah melalui shiratul
mustaqim yang aman dari seksa,
bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke
atas darjat, seperti darjatnya 40
orang mati syahid, apabila dia selalu
berzikir kepada Allah selama
haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-
anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara
perempuan, lalu dia bersikap ehsan
dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa
taqwa serta bertanggung jawab, maka
baginya adala syurga.Daripada Aisyah
r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan
sesuatu daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik
kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada
api neraka.”
10. Syurga itu di bawah telapak kaki
ibu.
11. Apabila memanggil akan engkau
dua orang ibubapamu, maka
jawablah panggilan ibumu dahulu.
12. Wanita yang taat berkhidmat
kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-
pintu syurga. Masuklah dari mana-
mana pintu yang dia kehendaki
dengan tidak dihisab.
13. Wanita yang taat akan suaminya,
semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari
dan bulan, semuanya beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada
suaminya dan meredhainya. (serta
menjaga sembahyang dan puasanya)
14. Aisyah r.ha. berkata “Aku
bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita ?” Jawab baginda,
“Suaminya” “Siapa pula berhak
terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah
s.a.w. “Ibunya”.
15. Seorang wanita yang apabila
mengerjakan solat lima waktu,
berpuasa wajib sebulan (Ramadhan),
memelihara kehormatannya serta
taat kepada suaminya, maka pasti
akan masuk syurga dari pintu mana
saja yang dia kehendaki.
16. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka
Allah s.w.t. memasukkan dia ke
dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya(10,000 tahun).
17. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya,
maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000
kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
18. Dua rakaat solat dari wanita yang
hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.
19. Wanita yang hamil akan dapat
pahala berpuasa pada siang hari.
20. Wanita yang hamil akan dapat
pahala beribadat pada malam hari.
21. Apabila seseorang perempuan
mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah s.w.t. mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah s.w.t.
22. Wanita yang bersalin akan
mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu
uratnya Allah mengurniakan satu
pahala haji.
23. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.Sekiranya
wanita mati dalam masa 40 hari
selepas bersalin, dia akan dikira
sebagai mati syahid.
24. Wanita yang memberi minum
susu kepada anaknya daripada
badannya (susu badan) akan dapat
satu pahala daripada tiap-tiap titik
susu yang diberikannya.
25. Jika wanita menyusui anaknya
sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),
makamalaikat-malaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga
wajib baginya.
26. Jika wanita memberi susu
badannya kepada anaknya yang
menangis, Allah akan memberi
pahala satu tahun solat dan
puasa.Wanita yang habiskan
malamnya dengan tidur yang tidak
selesa kerana menjaga anaknya yang
sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.
27. Wanita yang tidak cukup tidur
pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan
oleh Allah akan seluruh dosanya dan
bila diahiburkan hati anaknya Allah
memberi 12 tahun pahala ibadat.
28. Apabila seorang wanita
mencucikan pakaian suaminya, maka
Allah mencatatkan baginya seribu
kebaikan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya, bahkan segala sesuatu
yang disinari sang suria akan
meminta keampunan baginya, dan
Allah mengangkatkannya seribu darjat
untuknya.
29. Seorang wanita yang solehah
lebih baik daripada seribu orang
lelaki yang tidak soleh, dan seorang
wanita yang melayani suaminya
selama seminggu, maka ditutupkan
baginya tujuh pintu neraka dan
dibukakan baginya lapan pintu
syurga, yang dia dapat masuk dari
pintu mana saja tanpa dihisab.
30. Mana-mana wanita yang
menunggu suaminya hingga
pulanglah ia, disapukan mukanya,
dihamparkan duduknya atau
menyediakan makan minumnya atau
merenung ia pada suaminya atau
memegang tangannya,
memperelokkan hidangan padanya,
memelihara anaknya atau
memanfaatkan hartanya pada
suaminya kerana mencari keredhaan
Allah, maka disunatkan baginya akan
tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-
tiap langkahnya dan setiap
renungannya pada suaminya
sebagaimana memerdekakan seorang
hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah
kurniakan Nur hingga tercengang
wanita mukmin semuanya atas
kurniaan rahmat itu. Tiada seorang
pun yang sampai ke mertabat itu
melainkan Nabi-nabi.
31. Tidakkan putus ganjaran dari
Allah kepada seorang isteri yang
siangdan malamnya menggembirakan
suaminya.
32. Wanita yang melihat suaminya
dengan kasih sayang dan suaminya
melihat isterinya dengan kasih sayang
akan di pandang Allah dengan penuh
rahmat.
33. Jika wanita melayan suami tanpa
khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.
34. Wanita yang melayan dengan baik
suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat
pahala jihad.
35. Jika wanita memicit suami tanpa
disuruh akan mendapat pahala 7 tola
emas dan jika wanita memicit suami
bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.
36. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana
wanita yang berdiri atas dua kakinya
membakar roti untuk suaminya
hingga muka dan tangannya
kepanasan oleh api,maka diharamkan
muka dan tangannya dari bakaran api
neraka.
37. Thabit Al Banani berkata :
Seorang wanita dari Bani Israel yang
buta sebelah matanya sangat baik
khidmatnya kepada suaminya.
Apabila ia menghidangkan makanan
dihadapan suaminya, dipegangnya
pelita sehingga suaminya selesai
makan. Pada suatu malam pelitanya
kehabisan sumbu, maka diambilnya
rambutnya dijadikan sumbu pelita.
Pada keesokkannya matanya yang
buta telah celik. Allah kurniakan
keramat (kemuliaan pada perempuan
itu kerana memuliakan dan
menghormati suaminya).
38. Pada suatu ketika di Madinah,
Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi
jenazah. Baginda dapati beberapa
orang wanita dalam majlis itu.
Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu
menyembahyangkan mayat?” Jawab
mereka, “Tidak” Sabda Baginda
“Seeloknya kamu sekelian tidak perlu
ziarah dan tidak ada pahala bagi
kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan
berkhidmatlah kepada suami nescaya
pahalanya sama dengan ibadat-
ibadat orang lelaki.
39. Wanita yang memerah susu
binatang dengan ‘Bismillah’ akan
didoakanoleh binatang itu dengan
doa keberkatan.
40. Wanita yang menguli tepung
gandum dengan ‘Bismillah’, Allah
akan berkatkan rezekinya.
41. Wanita yang menyapu lantai
dengan berzikir akan mendapat
pahala seperti meyapu lantai di
Baitullah.
42. “Wahai Fatimah, untuk setiap
wanita yang mengeluarkan peluh
ketika membuat roti, Allah akan
mebinakan 7 parit di antara dirinya
dengan api neraka, jarak diantara
parit itu ialah sejauh langit dan
bumi.”
43. “Wahai Fatimah, bagi setiap
wanita yang memintal benang, Allah
akan mencatatkan untuknya
perbuatan baik sebanyak utus benang
yang dibuat dan memadamkan
seratus perbuatan jahat.”
44. “Wahai Fatimah, untuk setiap
wanita yang menganyam akan benang
dibuatnya, Allah telah menentukan
satu tempat khas untuknya di atas
tahta di hari akhirat.”
45. “Wahai Fatimah, bagi setiap
wanita yang memintal benang dan
kemudian dibuat pakaian untuk anak-
anaknya maka Allah akan
mencatatkan baginya ganjaran sama
seperti orang yang memberi makan
kepada 1000 orang lapar dan
memberi pakaian kepada 1000 orang
yang tidak berpakaian.”
46. “Wahai Fatimah, bagi setiap
wanita yang meminyakkan rambut
anaknya,menyikatnya, mencuci
pakaian mereka dan mencuci akan
diri anaknya itu, Allah akan
mencatatkan untuknya pekerjaan baik
sebanyak helai rambut mereka dan
memadamkan sebanyak itu pula
pekerjaan jahat dan menjadikan
dirinya kelihatan berseri di mata
orang-orang yang memerhatikannya.”
47. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah
barang mana wanita meminyakkan
rambut dan janggut suaminya,
memotong misai dan mengerat
kukunya, Allah akan memberi minum
akan dia dari sungai-sungai serta
diringankan Allah baginya sakaratul
maut dan akan didapatinya kuburnya
menjadi sebuah taman daripada
taman- taman syurga dan dicatatkan
Allah baginya kelepasan dari api
neraka dan selamatlah ia melintas
Titian Shirat.”
48. Jika suami mengajarkan isterinya
satu masalah akan mendapat pahala
80 tahun ibadat.
49. Wanita yang menyebabkan
suaminya keluar dan berjuang ke
jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumahtangganya akan masuk
syurga 500 tahun lebih awal daripada
suaminya, akan menjadi ketua 70,000
maalaikat dan bidadari dan wanita itu
akan dimandikan di dalam syurga,
dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
50. Semua orang akan dipanggil
untuk melihat wajah Allah di
akhirat,tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang
memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan
istiqamah.
51. Dunia ini adalah perhiasan dan
sebaik-baik perhiasan ialah wanita
(isteri) yang solehah.
52. Salah satu tanda keberkatan
wanita itu ialah cepat
perkahwinannya,cepat pula
kehamilannya dan ringan pula
maharnya (mas kahwin).
53. Sebaik-baik wanita ialah wanita
(isteri) yang apabila engkau
memandang kepadanya ia
menggirangkan engkau, jika engkau
memerintah ditaatinya perintah
engkau (taat) dan jika engkau
berpergian dijaga harta engkau dan
dirinya.
54. Dunia yang paling aku sukai ialah
wanita solehah.

No comments:

Post a Comment